Ramadan datang lagi dan hampir ke penghujungnya.Waktu2 terakhir untuk memperbanyakkan ibadat mencari berkat lailatulqadar.Bagi yg menemuinya,pasti seorang yang bertuah.
aku tak tahu blog aku ni dlm kategori ape?yang aku tahu ,aku tulis apa yang terlintas.Baru2 ni aku balik ke kampung bersama kakak ku. Allah memandu kaki ini mencari sedara yang dah lama terpisah.khirnya kami bertemu.Mak sedara ku tinggal bersama 2 orang anaknya.Yang sorang mengidap sakit mental dan sorang aku x tahu nak kategorikan dlm kategori ape.
Syukurlah mereka mempunyai tempat berteduh berbanding dgn apa yang terpapar di kaca tv dlm rancangan membantu insan kurang kemampuan.Maka dlm pertemuan jejak kasih tersebut,maka keuarkan cerita2 lama antara kami.Tak sangka hidup mak long kami dlm kesempitan rupa2nya.
Mak long dapat bantuan JKM untuk anaknya yg "sakit' sebanyak rm180.itulah jumlah duit belanja anak beranak setiap bulan.Alhamduliilah. Selain tu beliau menjual ais dan memperolehi pendapatan rm2 sehari.Ya Allah,cukup ke pendapatan sedemikian bagi sebuah keluarga yg mempunyai 3 perut yang perlu di isi? Sedangkan adakalanya gaji yg beribu2 pun masih sesak dihujung bulan,inikan pula dgn mereka yg perolehi pendapatan sebyk mak long ku itu.
Kita di Malaysia patut bersyukur kerana kerajaan menyediakan berbagai bantuan untuk golongan sebegini. Sistem dan dasar2 yg ada dah molek malangnya perlaksanaannya gagal dilaksanakan dengan berkesan.Salah satu sebab orang x sokong kerajaan adalah sebab ini.malanglah bagi yg diberi amanah untuk melaksanakan dasar kerajaan yg molek ni tapi gagal berbuat demikian.Jawablah kamu di akhirat sana bila amanah kamu sia-siakan.Sikap tidak amanah kamu ini menidakkan hak mereka yg perlukan bantuan.Seharusnya kamu berasa malu bila menjamah makanan yg enak2 sedangkan ada insan yg hanya berlaukkan nasi dan ikan masin sebagai makanan harian.
Moga Allah memberi kekuatan kepada mak long.Aku akan membantu mana yang termampu.Jika kita diberi amanah peganglah amanah tersebut dgn sebaik2nya kerana kita akan ditanya di akhirat nanti.