Lama tak tulis artikel dalam blog ni.tak tahu...tak ade idea ke atau malas?ahhhh,mungkin x de masa kot?Banyak perkara yang berlaku di tanahair kita kebelakangan ini.Ntah lah....tak tahu nak kata apa.Mungkin kita dah rasa terlalu selesa hingga kita tak tahu nak menghargai apa yang kita ada hari ni.Kita lupa apa yang kita nikmati ini adalah hasil dari airmata,darah dan keringat pejuang2 bangsa kita.
Kenapa kita berasa selesa?sebab kita tidak pernah merasa hidup susah sebagaimana datuk nenek kita rasai dulu.Kini apa yang kita hendak ada di depan mata kita.Pernah ke kita merasa makan ubi rebus bercubitkan ikan masin?Rasa2nya generasi kita ada yang tidak pernah langsung merasa nikmatnya memakan ubi rebus sambil pekena kopi o secawan.Segalanya mudah sekarang.Asalkan kita ada duit.Tapi orang kita selalu bersungut tentang kenaikan barang2 sekarang.Memang le barang makin lama makin naik.Oleh tu kita kenalah pandai membahagikan di mana keperluan dan kehendak dalam perbelanjaan bulanan kita.Kalau kita sekarang asyik merungut barang semua mahal,kenapa kat pasaraya besar orang berbelanja hampir penuh satu troli?Restoran makanan segera masih penuh dengan pelanggan,hampir setiap rumah ada piring perkhidmatan tv berbayar termasuklah kat PPRT.Itu tidak termasuk berbiji2 kereta di depan rumah.Kadangkala sebuah rumah ada 4 biji kereta.Masih susah lagi ke kita?Kalau difikir2 itu semua adalah 'kehendak'.
Mati ke kita kalau tak dapat makan makanan segera di restoran2 tersebut?Mati kah kita kebosanan kalau tidak menonton rancangan tv berbayar?Rasa2 x kot.Sekarang kita hanya pandai merungut tapi kita tidak berusaha ke arah membaiki kehidupan.Kita hanya tahu menyalahkan orang,tanpa kita menyelidiki kekurangan diri dan kekurangan perancangan dalam hidup kita.Kita ni seakan2 suka sangat bersorak dan tanpa kita sedari sorakan kita itu boleh menggadaikan kampung kita.Orang luar berebut2 ke negara kita kerana mereka tahu bumi bertuah ini mampu merealisasikan impian hidup mereka dari negara mereka sendiri.Kalau orang luar mampu membaiki kehidupan mereka setelah bermula dari 'kosong' ,apatah lagi kita ini.Dari lahir hingga ke tua hidup kita ni sentiasa dibantu.siapa yang membantu?Sendiri mahu ingat lah beb.dari sekolah rendah hingga ke menara gading,masih lagi kita dibantu.Siapa yang membantu?Faham2 sendirilah beb.Tapi ...adakah kita bersyukur dan berterimakasih?hemmmm...sikit pun tak.Kita masih2 lagi meminta2.Kalau boleh kita nak hidup kat malaysia ni suma percuma.alo kawan,ni kira dah patut bersyukur sebab kita ni berdiri atas subsidi.Tapi ada yang bila x di beri mengeji dan diberi pun dicaci.macamana tu?
Belajar2 lah bersyukur.Diri ni jangan asyik memberontak atas segala kekurangan.Patutnya kita bersama2 membangunkan negara bangsa bukan menjahanamkannya.Tolehkan muka ke negara di 'sana'.akibat bersengketa,rakyat menjadi mangsa.Jangan kata negara kita x kan jadi macam di 'sana'.Kalau kita x bersyukur atas nikmat dan rahmat Allah di bumi bertuah Malaysia ini,tidak mustahil kita juga akan menjadi seperti di 'sana'.Ingatlah pesan ni...'kalau kita x dpt beri manfaat , jgn kita beri mudarat '.Fikir2kanlah.
Friday, September 9, 2011
Saturday, June 4, 2011
Merasa seronok dalam menjalankan tugas
Ada orang rasa terpaksa ketika menjalankan kerja . Bila kita rasa seronok dengan kerja kita , hati kita akan lebih gembira dan tenteram..Jadi tak adalah rasa stress . Kadang-kadang di tempat kerja , banyak masalah yang timbul.Terutamanya dengan kengkawan.Ada kawan yang hanya bersama kita di waktu gembira dan ada kawan tetap di sisi kita bila kita berduka.Bila memilih kawan ,mana satu pilihan kita?Carilah alasan untuk berkawan . Walaupun adakalanya kenkawan ni bila kita buat baik macamana pun masih tak nampak baik di hati mereka.Huh!!!abaikan je..Bukan abaikan mereka.Abaikan perbuatan mereka.Teruslah berbuat baik dengan mereka. Insyaalah lambat laun mereka akan malu pada kita . Lagipun bila kita berbuat baik pada org balasannya berlipat ganda .
Adakalanya kita rasa beban kerja kita terlalu banyak.Betul.... tapi buat lah mana yang terdaya.Jangan pulak kita beralasan tak berdaya maka kita buat sikit je kerja. Pastikan gaji yang dibayar pada kita berbaloi dengan usaha kita.Macamana ye kita inginkan gaji yang tinggi tetapi bila diberi kerja kita berkira-kira?Ikhlaskan diri bila bekerja.Niatkan sesungguhnya kita bekerja kerana Allah.Insyaallah berkat gaji yang kita terima.Sejahteralah keluarga kita dengan hasil usaha kita.
Ada kawan2 yang tak tahu nak buat ape bila kerja dia dah selesai.Apa lagi...waktu untuk buat taik mata.Jangan le macam tu kawan.Waktu kerja kita lapan jam semuanya.Jadi waktu yang kamu buat taik mata tu nak kira camna yek?makan gaji buta le.Halal tak tu?kita dibayar gaji untuk kerja yang tidak kita buat?macamana nak kira tu?Come la kawan.Cari2 le kerja lain.Misalnya buat/fikirkan sesuatu agar persekitaran kerja menjadi ceria.Hah!!!baru le seronok nak bekerja.
Tempat kerja seharusnya selesa dan beri tenaga.Tapi cuba kawan2 lihat tempat kerja kita.Biasa2 je.Kadang2 kita terlalu berkira.Lebih2 lagi yang melibatkan belanja.Tak pe lah.kita kongsi2 kutip dana.Bukan untuk bersukaria tapi supaya tempat kerja jadi ceria.Hah!!!baru le seronok nak bekerja .
Bila bekerja ,jangan lah kita merasa diri kita lebih hebat dari orang lain .Itu akan menimbulkan rasa meluat di hati kawan2 kita. Kalau kita hebat pun , tak perlu di perlihatkannya. Jadi resmi padi makin berisi makin tunduk ke bumi. Ada masanya kita lihat ada yang suka mencari kesalahan / kelemahan rakan sekerjanya. Eh???hebat sangat ke kita? Tak payah lah kawan kita berusaha menyingkap kelemahan kawan atau musuh kita . Kalau perasaan ni membelenggu diri kita , macamana nak seronok masa kerja .
Ok lah kawan2 fikir2kanlah apa yang dikata.Akhir kata ,'jangan lah kita hanya tahu beralasan ,cuba lah mencari penyelesaian ' .Sudah tentu kita akan lebih gembira bila menjalankan kerja .

Subscribe to:
Comments (Atom)