Saturday, June 4, 2011

Merasa seronok dalam menjalankan tugas

Ada orang rasa terpaksa ketika menjalankan kerja . Bila kita rasa seronok dengan kerja kita , hati kita akan lebih gembira dan tenteram..Jadi tak adalah rasa stress . Kadang-kadang di tempat kerja , banyak masalah yang timbul.Terutamanya dengan kengkawan.Ada kawan yang hanya bersama kita di waktu gembira dan ada kawan tetap di sisi kita bila kita berduka.Bila memilih kawan ,mana satu pilihan kita?Carilah alasan untuk berkawan . Walaupun adakalanya kenkawan ni bila kita buat baik macamana pun masih tak nampak baik di hati mereka.Huh!!!abaikan je..Bukan abaikan mereka.Abaikan perbuatan mereka.Teruslah berbuat baik dengan mereka. Insyaalah lambat laun mereka akan malu pada kita . Lagipun bila kita berbuat baik pada org balasannya berlipat ganda .
Adakalanya kita rasa beban kerja kita terlalu banyak.Betul.... tapi buat lah mana yang terdaya.Jangan pulak kita beralasan tak berdaya maka kita buat sikit je kerja. Pastikan gaji yang dibayar pada kita berbaloi dengan usaha kita.Macamana ye kita inginkan gaji yang tinggi tetapi bila diberi kerja kita berkira-kira?Ikhlaskan diri bila bekerja.Niatkan sesungguhnya kita bekerja kerana Allah.Insyaallah berkat gaji yang kita terima.Sejahteralah keluarga kita dengan hasil usaha kita.
Ada kawan2 yang tak tahu nak buat ape bila kerja dia dah selesai.Apa lagi...waktu untuk buat taik mata.Jangan le macam tu kawan.Waktu kerja kita lapan jam semuanya.Jadi waktu yang kamu buat taik mata tu nak kira camna yek?makan gaji buta le.Halal tak tu?kita dibayar gaji untuk kerja yang tidak kita buat?macamana nak kira tu?Come la kawan.Cari2 le kerja lain.Misalnya buat/fikirkan sesuatu agar persekitaran kerja menjadi ceria.Hah!!!baru le seronok nak bekerja.
Tempat kerja seharusnya selesa dan beri tenaga.Tapi cuba kawan2 lihat tempat kerja kita.Biasa2 je.Kadang2 kita terlalu berkira.Lebih2 lagi yang melibatkan belanja.Tak pe lah.kita kongsi2 kutip dana.Bukan untuk bersukaria tapi supaya tempat kerja jadi ceria.Hah!!!baru le seronok nak bekerja .
Bila bekerja ,jangan lah kita merasa diri kita lebih hebat dari orang lain .Itu akan menimbulkan rasa meluat di hati kawan2 kita. Kalau kita hebat pun , tak perlu di perlihatkannya. Jadi resmi padi makin berisi makin tunduk ke bumi. Ada masanya kita lihat ada yang suka mencari kesalahan / kelemahan rakan sekerjanya. Eh???hebat sangat ke kita? Tak payah lah kawan kita berusaha menyingkap kelemahan kawan atau musuh kita . Kalau perasaan ni membelenggu diri kita , macamana nak seronok masa kerja .
Ok lah kawan2 fikir2kanlah apa yang dikata.Akhir kata ,'jangan lah kita hanya tahu beralasan ,cuba lah mencari penyelesaian ' .Sudah tentu kita akan lebih gembira bila menjalankan kerja .